HomeTry and Review Awards2020 Try and Review AwardsSertai Anugerah Try and Review 2020

Sertai Anugerah Try and Review 2020

-

2020 try and review winner badge
Lencana Try and Review yang menjadi rebutan, dianugerahkan kepada produk terbaik yang dipilih secara tahunan. Lencana ini melambangkan pengiktirafan, kredibiliti dan kedudukan tertinggi berdasarkan ulasan pengguna yang tidak berat sebelah. Mereka yang dianugerahkan dengan lencana ini dalam kategori masing-masing, sangat dihargai oleh komuniti TryandReview.com.

 

Tiba masa untuk menunjukkan sokongan kepada jenama yang anda sukai dan bantu mereka membawa pulang satu Lencana Pemenang Anugerah Try and Review yang menjadi rebutan setiap tahun! Dapatkan butiran lanjut mengenai Anugerah Try and Review dan bagaimana anda boleh berpeluang memenangi tempat sebagai Penguji Produk setiap bulan untuk sepanjang tahun 2020.

Bagaimana caranya?

Anugerah Try and Review 2020 tahun ini akan diadakan di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand and Hong Kong. Setiap tahun, kami mempertimbangkan ulasan produk yang dihantar oleh ahli-ahli TryandReview.com untuk sepanjang 12 bulan yang lalu untuk membantu mengenalpasti jenama teratas pada tahun ini. Untuk menentukan produk yang cemerlang bagi tahun 2020, kami menilai kedua-dua jumlah ulasan dan purata rating. Teruskan membaca untuk mengetahui kategori produk yang akan dipertandingkan.

Bagi Anugerah Try and Review 2020, kami gembira untuk mengumumkan bahawa terdapat 8 kategori menarik seperti berikut:

 

Bagaimana Cara Untuk Menyertai?

Penyertaan ke Anugerah Try and Review 2020 adalah mudah. Untuk menyertai pertandingan ini, anda harus menjadi ahli TryandReview.com. Jika anda belum lagi menjadi seorang ahli, ambillah peluang ini untuk melanggan hari ini dan sertai komuniti global penguji dan penyokong jenama kami!

Seterusnya, ulas semua produk kegemaran anda! Kongsi pengalaman pembelian anda, swafoto dan video produk kegemaran anda.

  • Hantar sekurang-kurangnya 5 ulasan yang diluluskan sebelum atau pada 31 Disember 2019. (Tarikh akhir dilanjutkan hingga 15 Januari 2020)
    Ikuti Garis Panduan Ulasan agar ulasan anda diluluskan. Untuk bantuan, lihat tip kami mengenai bagaimana menulis satu ulasan yang deskriptif.
  • Tulis setiap ulasan menggunakan minima 100 aksara menjelaskan butiran terperinci mengenai tanggapan pertama, pengalaman, pendapat atau reaksi anda terhadap produk.
    Jangan takut untuk jadi spesifik dan mempunyai objektif. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda menulis satu ulasan berkualiti.

write a reviewer

*Selepas 31 Disember 2019, kami akan mengambil semua ulasan dan rating yang dikumpul dalam tahun ini untuk mengadakan satu undian secara atas talian untuk Peserta Akhir bagi 10 Teratas dalam setiap kategori. Kami menggalakkan semua ahli bersama mengundi jenama kegemaran mereka.

**Pada 31 2020, Pemenang Akhir untuk Anugerah Try and Review 2020 akan diumumkan untuk setiap negara bagi setiap kategori.

try and review member collage

Semua ulasan yang diterbitkan dari Januari 2019 sehingga 15 Januari 2020 akan dipertimbangkan untuk Anugerah Try and Review 2020.

Apa yang akan diterima oleh pemenang?

3 pemenang dari setiap negara yang bertanding (Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailanf dan Hong Kong) akan diumumkan secara rasmi pada January 2020 untuk:

  1. Terima SGD $100 baucar perjalanan
  2. Satu beg bernilai barangan terbaik 2019
  3. Pengiktirafan sebagai Duta Try And Review

Jadi, apa yang anda tunggu lagi! Mulakan hari ini dengan menulis pendapat, rating dan swafoto bersama produk untuk meningkatkan peluang anda menjadi seorang pemenang!

__________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020, sila hubungi kami di awards@tryandreview.com.

Kami hanya mempertimbangkan ulasan yang telah diluluskan dalam menentukan ahli yang akan memenangi Anugerah Try and Review 2020. Diingatkan bahawa samada pengalaman anda adalah positif atau tidak, kami menggalakkan anda menulis ulasan secara jujur sepenuhnya.

Tidak menjumpai produk kegemaran anda di halaman web kami? Maklumkannya kepada staf kami di awards@tryandreview.com dan kami akan menyenaraikan produk tersebut secepat mungkin.

Dengan menyertai Program Anugerah tahun ini, anda menyumbang kepada satu tempat di mana ulasan jujur produk diberikan dan membantu jenama yang anda sukai menerima pengiktirafan yang sepatutnya.

Terima kasih kerana menyokong misi Try and Review dalam menyediakan pengalaman produk yang telus untuk semua pengguna!

MUST READ

2020 Try and Review Awards - Members

Sertai Anugerah Try and Review 2020

1
  Tiba masa untuk menunjukkan sokongan kepada jenama yang anda sukai dan bantu mereka membawa pulang satu Lencana Pemenang Anugerah Try and Review yang...

MOST POPULAR

2019 T&R Awards Malaysia

The 2019 Top Brands You Need To Know in Malaysia

1
Introducing the winners from our very first annual "Try and Review Awards". These products are truly the popular choice of over 1.2M subscribers over...

1 COMMENT

Comments are closed.