HomeInfluencer Academy11 Instagram ...

11 Instagram Hack 2019 Yang Perlu Anda Tahu untuk Kekal Teratas dalam Permainan Anda

-

Instagram telah mencuri hati dan, secara jujurnya, menarik perhatian kebanyakan orang. Tiada lagi hari di mana anda mengambil swafoto sahaja – ini tidak lagi mencukupi untuk media sosial. Tahap, jangkaan dan standard telah dinaikkan untuk semua orang. Populariti aplikasi media sosial memacu Instagram untuk terus menambah baik dan berevolusi untuk kekal menghiburkan penggunanya. Untuk membantu anda mengetahui tentang perubahan ini dan terus berada teratas dalam permainan Insta anda, berikut adalah 11 Intagram hack yang perlu anda tahu untuk tahun 2019.

 

1) Tambah pembahagi baris dalam kapsyen anda

Kadangkala anda benar-benar membiarkan perkataan keluar dari fikiran dan menulis satu kapsyen yang hebat. Tetapi melihat satu perenggan panjang, mungkin bukanlah cara terbaik untuk menunjukkan pemikiran anda. Kini anda boleh menambah pembahagi baris!

  • Buka Notes ataupun satu draf mesej emel
  • Tulis dan formatkan perenggan anda di situ, jangan menulis terus di dalam aplikasi Instagram
  • Salin dan tampal kapsyen yang telah lengkap ke dalam Instagram untuk diterbitkan

2) Buat kajian untuk tanda pagar yang terbaik bagi jenama dan perniagaan anda

Tanda pagar adalah SEO penting untuk akaun Instagram, sama seperti kata kunci dan frasa kata kunci yang anda isi ke dalam Google. Mereka membantu menarik perhatian pengguna lain yang berminat dengan kandungan yang anda tandakan. Kuncinya adalah tanya diri anda sendiri:”Apakah kata kunci yang mungkin dicari oleh pengikut saya bagi jenis kandungan yang saya postkan?” Selepas mendapat satu senarai kata kunci, pergi ke Instagram tab “Explore” dan taipkan setiap satu ke dalamnya. Instagram akan memaparkan tag yang berkenaan yang boleh juga anda tambah ke dalam bank tanda pagar anda, yang terbaik melambangkan jenama anda!

3) Dapatkan lebih tontonan pada Instagram story anda dengan menambah tanda pagar

Tanda pagar bukan sahaja tambahan lucu dan dungu kepada Instagram story anda. Anda sebenarnya boleh mendapat lebih tontonan dengan menambahnya – sama seperti tanda pagar di dalam post Instagram anda! Menambah tanda pagar yang relevan dan geolokasi kepada story anda meningkatkan tontonan dengan mendedahkannya kepada penonton baru yang mengikuti tanda pagar itu atau dengan muncul di alam Explore Page. Instagram membenarkan anda menambah sehingga 10 tanda pagar untuk satu story, tetapi ini boleh menyemakkan story anda. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana mencegah ini.

4) Kemaskan tanda pagar Instagram story anda dengan menyembunyikannya

Kini anda telah mahir dengan tanda pagar story, berikut adalah helah untuk membuat beberapa tanda pagar tanpa menjadikan story anda nampak serabut dan bersepah.

  • Tambah setiap tanda pagar secara individu dan kecilkan saiz teksnya dengan mencubitnya dengan dua jari
  • Kumpulkannya di satu tempat pada story anda, mungkin di satu sudut agar ia tidak menghalang kandungannya
  • Tambah gif pilihan anda dari Giphy atau native sticker yang tersedia dari Instagram dan letakkannya di atas kumpulan tanda pagar tadi

5) Kongsi post Instagram orang lain dalam story anda

Pernahkah anda lihat post menarik dari kawan anda atau seseorang yang anda ikuti yang anda ingin kongsikan dengan mereka yang lain? Kini anda boleh lakukan tanpa perlu membuat tangkapan skrin dan memuat naik semula pada story anda.

  • Pergi ke post yang ingin anda kongsikan
  • Ketik pada ikon kapalterbang kertas di sebelah kiri
  • Menu kongsi akan muncul. Pilih ‘‘Add Post to Your Story’

6) Lihat semua post yang telah anda sukai

Sebagai seorang yang kreatif dan seorang pempengaruh, mengumpul inspirasi untuk membuat kandungan adalah sebahagian daripada proses. Untungnya, Instagram menyimpan semua post yang pernah anda sukai di satu tempat.

  • Pergi ke profail anda
  • Ketik ikon di sebelah sudut atas kanan dan pilih Settings
  • Ketik Account dan pilih ‘Posts You’ve Liked’

7) Zum ke dalam atau zum ke luar dengan ibu jari anda semasa mengambil video story

Sedang menikmati kon ais krim yang sedang cair di tangan dan melayari Instagram di sebelah tangan lagi dan tiba-tiba anda perlu mengambil satu video anak anjing yang comel yang sedang terlompat-lompat di seberang jalan yang memerlukan anda untuk zum ke dalam? Teruskan menikmati ais krim anda kerana kami ada cara untuk anda atasinya!

  • Dalam story anda, tekan butang seperti anda mengambil video biasa
  • Kekalkan ibu jari anda ditekan pada skrin, leretkan ibu jari anda ke atas atau ke bawah untuk zum ke dalam dan ke luar. Itulah caranya!

8) Sembunyikan post-post lama dari feed anda tanpa memadamnya

Mungkin terdapat beberapa post lama yang anda suka tetapi seperti tidak selari dengan mood lain di dalam grid Instagram anda. Kini anda boleh arkibkannya tanpa memadam, mana tahu mungkin anda ingin memaparkannya semula.

  • Pergi ke post yang ingin anda arkibkan
  • Ketik tiga titik di sebelah sudut atas kanan post
  • Pilih ‘Archive’

Nota: Untuk mendapatkan semula post kembali ke dalam profail anda, pergi ke skrin profail. Di sebelah atas kiri, di atas gambar profail anda, anda akan dapati satu ikon jam dengan anak panah ke arah undur (kembali). Ketiknya dan anda akan dapati semua post yang telah dimasukkan ke arkib, juga story yang telah tamat tempoh.

9) Susun semula post grid anda dalam susunan yang anda mahu

Sesetengah dari kita memberi perhatian pada warna dan mood paparan grid pada halaman profail IG kita. Dan kadangkala terdapat post yang terlalu menyerlah dan agak tidak sesuai dengan gambar-gambar yang lain. Dengan menggunakan aplikasi Preview ini, anda boleh merancang grid Instagram dan menyusun semula gambar mengikut cara yang anda suka. Anda boleh berterima kasih kepada kami nanti.

10) Cipta Papan Mood dengan menyimpan dan menyusun post

Pasti anda pernah menyimpan post sebelum ini tetapi pernahkah anda lakukannya dengan gaya Pinterest? Letakkan post yang telah anda simpan mengikut kategori sama seperti cara anda pinkan item di dalam papan tertentu di dalam Pinterest. Ini boleh memberi inspirasi kepada pemikiran kreatif anda dengan cara yang sama semasa melihat paparan feed anda. Susun atur post yang telah disimpan mengikut warna, mood, pakaian ataupun satu papan idea untuk gig sampingan yang mungkin ada.

11) Sembunyikan gambar anda yang telah ditag oleh orang lain

Gambar dan video yang ditag oleh orang lain adalah yang terburuk, bukan? Pernahkah anda ditag dengan gambar dengan mata sebelah tertutup, ekspresi muka sedang bersin atau dari sudut kamera yang tidak menarik? Untunglah, kita ada kuasa untuk mengeluarkannya. Seperti yang disebut tadi, setiap kemaskini aplikasi ada sedikit perubahan padanya. Jadi berikut adalah lokasi terkini cara mengeluarkan tag diri anda dari gambar orang lain.

  • Pergi ke profail dan ketik Settings yang terletak di bahagian bawah halaman
  • Pilih ‘Privacy and Security’, kemudian ketik pada ‘Photos and Videos of You’
  • Ketik ‘Hide Photos and Videos’ akan memaparkan skrin yang membolehkan anda memilih beberapa gambar untuk disembunyi sekaligus

MUST READ

2020 Try and Review Awards - Members

Sertai Anugerah Try and Review 2020

1
  Tiba masa untuk menunjukkan sokongan kepada jenama yang anda sukai dan bantu mereka membawa pulang satu Lencana Pemenang Anugerah Try and Review yang menjadi rebut...

MOST POPULAR

2019 T&R Awards Malaysia

The 2019 Top Brands You Need To Know in Malaysia

1
Introducing the winners from our very first annual "Try and Review Awards". These products are truly the popular choice of over 1.2M subscribers over the past 12 months. For each category ...

TINGGALKAN PESAN

Please enter your comment!
Please enter your name here