Anugerah Try and Review kembali lagi! Adakah perniagaan anda berpeluang untuk memenangi satu Anugerah Lencana Try and Review?
Lencana Try and Review yang menjadi rebutan, dianugerahkan kepada produk terbaik yang dipilih secara tahunan. Lencana ini melambangkan pengiktirafan, kredibiliti dan kedudukan tertinggi berdasarkan ulasan pengguna yang tidak berat sebelah. Mereka yang dianugerahkan dengan lencana ini dalam kategori masing-masing, sangat dihargai oleh komuniti TryandReview.com.
Di Try and Review, misi kami ialah memberi kuasa kepada pengguna untuk menyuarakan pendapat mereka tentang barangan pengguna dalam bentuk ulasan yang tulen dan tidak berat sebelah. Dengan ulasan jujur yang tersedia di dalam pangkalan data kami, Try and Review membenarkan ahlinya untuk mencuba barangan pengguna dan berkongsi pemahaman produk bagi membantu rakan-rakan pembeli di luar sana untuk membuat pembelian dengan lebih baik. Kami juga membantu pembeli membuat pembelian lebih baik dengan mengiktirafkan jenama teratas bagi tahun ini melalui program anugerah tahunan kami. Teruskan membaca untuk butiran selanjutnya.
Anugerah Try and Review 2020 akan diadakan di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong.
Bagi Anugerah Try and Review 2020, kami gembira untuk mengumumkan bahawa terdapat 6 kategori menarik seperti berikut:
Ambillah peluang ini untuk membina kesedaran dan memperkenalkan produk untuk jenama anda. Semua syarikat boleh menyertainya, ini satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan!
Berikut adalah butiran lanjut dan daftarlah syarikat anda sekarang!
Bagaimana caranya?
Sangat mudah untuk menyertai Anugerah Try and Review 2020 ini. Pertama, hantarkan produk anda kepada pasukan kami agar ianya dapat disenaraikan di TryandReview.com. Anda boleh memuat turun Borang Produk berikut dan hantarkannya ke awards@tryandreview.com.
Kemudian, mulakan perjuangan! Galakkan pelanggan dan peminat anda untuk menulis satu ulasan dan berkongsi swafoto atau video bersama produk anda di TryandReview.com. Anda boleh jemput pengikut-pengikut media sosial untuk membantu jenama anda memenangi anugerah bagi kategori anda dengan memuat turun grafik kami dan kongsinya di media sosial.
Semua ulasan yang telah diterbitkan dari 5 Januari 2019 hingga 6 Januari 2020 akan dipertimbangkan bagi Anugerah Try and Review 2020. Adalah penting diingatkan bahawa ulasan yang diterbitkan, samada positif atau negatif, adalah satu undi memihak atau tidak memihak kepada produk tersebut dan ini akan memberi impak kepada rating keseluruhan produk. Kami mempertimbangkan rating produk dan kuantiti ulasan semasa menentukan pemenang Anugerah Try and Review 2020. Untuk keterangan lanjut, sila hantar emel kepada kami di awards@tryandreview.com.
Apakah kelebihannya kepada anda?
Semua jenama yang turut serta akan mendapat Halaman Produk PERCUMA dan TANPA HAD yang akan diterbitkan ke melebihi 2 Juta ahli di TryandReview.com. Ianya adalah satu platform yang baik untuk anda memperkenalkan produk anda kepada khalayak ramai dan mendapat maklumbalas yang berguna dan secara spontan daripada ahli-ahli kami.
Apakah kelebihannya kepada pemenang?
- Semua ulasan produk termasuk hak penggunaan komersialnya.
- Dianugerahkan satu Lencana Pemenang Try and Review dalam kategori masing-masing (yang boleh dipaparkan di laman web, media sosial dan bahan pemasaran jenama tersebut.
- Satu emel pengumuman ke 70K pelanggan sebagai pemenang Anugerah Try and Review 2020.
- Jaminan 40K cetakan awal melalui kempen kami yang dipamerkan di TryandReview.com.
- Satu blog entri khas untuk Pemenang Try and Review 2020.
- Entri khas memaparkan semua pemenang di platform media sosia kami dengan jumlah pengikut seramai 135K+.
- Satu sorotan dalam video Pemenang Anugerah Try and Review 2020. Saksikan video khas pemenang-pemenang tahun lalu di sini.