Pernahkah anda dilambakkan dengan pilihan dan serabut dalam emosi tidak tahu apa yang harus dibuat? Seperti, produk pelindung matahari yang mana patut saya pakai pada kulit? Produk apakah terbaik untuk mencuci dapur saya? Adakah gajet elektronik ini berbaloi untuk dibeli dengan wang hasil kerja keras saya?
Seterusnya anda tahu, anda membaca begitu banyak ulasan dan rating pengguna. Malah, dalam dunia digital yang dipenuhi dengan begitu banyak pilihan, ulasan memberi panduan mudah dan relevan untuk pengguna setiap hari.
Kami bertanya Pengguna TryandReview.com Rara_97 (nama sebenar: Reika), 1 daripada 20 pemenang terpilih dalam Anugerah Try and Review 2019 mengenai apa yang difikirkan semasa menulis ulasan jujur dan sebab mengapa ulasan adalah penting baginya.
-
Orang ramai membaca ulasan untuk membimbing mereka dalam proses membuat keputusan
Reika: “Saya rasa ulasan adalah penting kerana memutuskan apa produk terbaik yang akan memenuhi keperluan atau standard anda bukanlah mudah dan ia sebenarnya adalah rumit. Ulasan adalah salah satu pengaruh utama bagaimana pengguna berfikir dan memutuskan apa yang harus dibeli atau harus dielak. Jadi ulasan jujur boleh membantu mengurangkan kesukaran membanding dan mencari produk terbaik yang akan memenuhi standard seseorang.”
-
Orang ramai menunjukkan apa yang terbaik dan terburuk yang boleh terjadi
Reika:”Saya membuat banyak keputusan yang salah kerana ianya adalah proses mencuba dan membuat kesilapan. Saya sering menghabiskan masa selama 2 jam atau lebih hanya kerana saya sering membandingkan barangan. Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang melakukannya, jadi bila saya menemui sesuatu yang baik atau tidak, saya mahu berkongsi pendapat dengan pengguna lain seperti saya.”
-
Orang ramai menyokong jenama yang mereka suka, memberi jenama lebih kredibiliti
Reika: “Ulasan boleh membantu jenama / syarikat untuk menambahbaik kualiti produk mereka atau menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Mereka boleh pelajari apa yang harus dikekalkan, apa yang diperlukan, apa yang boleh diabaikan melalui ulasan, membuat pengguna lebih gembira dan perniagaan lebih baik.”
Nasihatnya untuk menulis ulasan berkualiti? “Bagi saya, saya suka memikirkan bahawa seseorang yang benar-benar ingin tahu akan membacanya, jadi saya menjawab beberapa soalan yang saya rasa akan ditanya oleh seseorang yang ingin tahu. Ianya juga bagus untuk tidak hanya fokus pada sisi buruk sesuatu produk tetapi juga memikirkan kedua-dua baik dan buruknya.”
Memang benar! Sebab itulah komuniti Try And Reviw dibina untuk memberi kuasa kepada orang ramai untuk mencari ulasan asli, berkongsi maklumbalas jujur dan mencuba produk baru. Jika anda baru dalam menulis ulasan, lihat bagaimana anda boleh menulis ulasan berguna dengan beberapa tip dan petua ini!
Seperti tajuk di atas, lebih banyak anda cuba dan ulas, lebih banyak semua menang. Kini. lebih banyak ulasan anda sumbangkan kepada komuniti, lebih tinggi peluang anda untuk dipilih sebagai salah satu daripada 3 pemenang Anugerah Try and Review 2020! Daripada 8 kategori menarik, pilih satu (atau lebih) yang anda minati dan tulis ulasan produk yang telah anda cuba untuk membantu mereka yang lain! Mana tahu, anda boleh menjadi seorang pemenang!