Home Influencer Academy 12 Idea Menge...

12 Idea Mengekalkan Profail Instagram Anda Rancak

-

Dilancarkan pada tahun 2010, Instagram telah pesat berkembang dalam populariti dan telah meningkat daripada hanya sebuah portal untuk berkongsi gambar ke satu daripada alat bantuan jenama paling berpengaruh di dunia.

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, Instagram adalah rangkaian sosial paling cepat berkembang. Ia kini mempunyai lebih 25 juta aktif profail perniagaan Instagram, 80% berpangkalan di luar Amerika Syarikat, yang bersaing dengan anda. Oleh itu, dalam dunia baru kepuasan segera dan perhatian jangka pendek pengguna, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan feed Instagram anda sentiasa terkini dengan kandungan yang menarik dan mencuri perhatian?

Berikut 12 tip untuk membantu anda bukan sahaja menyerlah daripada yang lain tetapi mengekalkan dan menghiburkan pengikut setia anda.

1. Buat Siri Harian, Mingguan atau Bulanan

Harus konsisten! Mengepos gambar produk atau idea anda secara rawak tidak akan mengekalkan perhatian audiens dengan jenama anda. Jadikan mereka biasa menunggu dan ingin melihat kandungan anda dengan mencipta satu siri. Buat keputusan samada anda akan mengepos secara harian, mingguan atau bulanan dan kekalkannya! Anda juga boleh menambah tanda pagar kreatif untuk membantu pengikut anda menjumpai siri anda.

Tip pro: Tambah beberapa peringatan di dalam kalendar untuk menjadualkan terbitan kandungan anda. Cara ini akan menghalang anda daripada terlepas tarikh untuk siri anda.

2. Buat Peraduan atau Hadiah Percuma

Apa yang anda fikir cara terbaik untuk menarik lebih ramai pengikut dan menjadikan diri anda lebih menyerlah daripada pesaing anda? Bina tarikan dengan melakukan satu peraduan! Siapa yang tidak sukakan hadiah percuma? Orang ramai tidak boleh menidakkan kuasa “percuma.”

Berikut adalah apa yang anda perlukan untuk menjalankan satu peraduan atau memberi hadiah percuma:

  • Satu hadiah
  • Satu cara kreatif untuk menyertai

Ambil masa untuk fikirkan tentang ini. Lagipun, tujuan peraduan atau pemberian hadiah percuma ini adalah untuk memberi kesedaran tentang jenama anda.

  • Tarikh akhir

Fikirkan juga tentang tarikh pengumuman pemenang sebelum memilih tarikh akhir untuk peraduan atau pemberian hadiah percuma anda.

  • Terma dan syarat

Ini akan membantu menjadikan peraduan anda nampak lebih sah dan bukan seperti penipuan.

Tip pro: Anda boleh menggalakkan pengikut anda untuk berkongsi peraduan tersebut dengan kenalan mereka – mereka akan lebih ghairah jika mengetahui bahawa berkongsi post akan membantu mereka untuk menang!

3. Hos satu AMA (Ask Me Anything)

Tunjukkan sifat peribadi anda dengan penglibatan diri bersama pengikut anda. Cuba hos satu sesi AMA untuk membuka peluang kepada peminat anda. Bukan sahaja ini membantu pengikut anda mempelajari lebih tentang anda tetapi anda juga mendapat manfaat dengan mempelajari apa yang diambil berat atau diminati oleh pengikut anda. Jangan memandang rendah kepada kuasa penglibatan! Amalan hubungan rapat dengan peminat anda menghasilkan pengikut yang setia, iaitu bukti pengaruh anda.

4. Regram

Bukan semua isi kandungan feed Instagram anda harus dihasilkan oleh anda. Kongsi minat dengan Regramming kandungan orang lain (atau kongsi post Instagram orang lain di dalam story anda). Regram sangat mudah di mana apa yang diperlukan hanya membuat semula kapsyen. Mungkin orang lain akan membantu anda juga dengan berkongsi post anda dan jika tidak, ia akan menjadi feed yang lebih menarik untuk pengikut anda.

Tip pro: Cuba gunakan faktor kejutan atau komik dengan membuat regrammin post yang bukan kebiasaan yang akan menggalakkan pengikut anda untuk memberi komen dan selanjutnya memberi penglibatan dengan anda atau pengikut-pengikut yang lain.

5. Buat Video Klip Pendek

Hadam saya… Pengikut Instagram, secara khususnya, mahukan kepuasan visual segera. Klip video bersaiz pendek adalah cara terbaik untuk menarik perhatian pengikut anda sambil membolehkan anda menyampaikan semua mesej penting jenama anda. Memandangkan kandungan video mendapat lebih banyak kongsian daripada foto atau teks, masa singkat yang anda ambil untuk merakam satu video pendek akan berbaloi.

6. Membuat pasaran bersama Pempengaruh lain

Buat Pasukan! Jadi rakan kongsi akan segera menggandakan audiens anda dan rakan kongsi yang dipilih dengan baik akan membantu, bukan bersaing dengan anda, jenama anda.  Cari rakan kongsi yang mempunyai audiens yang lebih ramai yang yang mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Membuat pasaran bersama dengan pempengaruh lain boleh menjadi sesuatu yang seronok dilakukan dengan menggunakan idea-idea dan produk masing-masing serta sedikit perubahan.

Tip pro: Bekerjasama untuk tujuan yang baik atau bukan untuk keuntungan yang menyokong jenama atau nilai perniagaan anda.

7. Kongsi Ilmu Anda melalui Tutorial

Ajar. Berikan mereka sesuatu untuk diingati. Buat video panduan pendek berguna, langkah demi langkah yang akan disimpan oleh peminat anda untuk dilihat kemudian atau dikongsi dengan rakan-rakan lain. Dengan cara memberikan mereka sesuatu yang bernilai akan membantu mengukuhkan komitmen mereka untuk terus atau mula mengikuti anda.

Tip pro: Terus membuat post dengan soalan yang menyerlahkan masalah mereka dan berikan jawapan, sebagai contoh, “Perlukan lebih ruang dalam beg pakaian percutian anda? Ikuti langkah mudah bagaimana menggulung pakaian anda untuk lebih ruang!”.

8. Buat Siaran Langsung

Ayuh berseronok dengan ini! Tidak ada yang sama dengan suasana secara  langsung. Galakkan jangkaan dan dugaan dengan mengumumkan niat anda untuk membuat siaran langsung sebelum memulakannya. Jangan terlalu mendedahkannya terlebih dahulu, sebaliknya pastikan penglibatan mereka dengan meminta mereka meneka apa yang akan anda paparkan atau di mana anda akan berada.  Tawarkan mereka penampilan “di sebalik tabir” yang unik berkaitan dengan jenama atau perniagaan anda.

Tip pro: Minta mereka menetapkan masa agar mereka tidak terlepas siaran langsung anda.

9. Buat satu Meme

Bahagikan post yang berulang-ulang yang akan menyebabkan pengikut anda terus melihat feed secara terus menerus dengan Meme komedi. Jangan malu untuk tunjukkan sifat humor anda. Masukkan sedikit komedi dengan membuat meme topik semasa untuk segera menarik perhatian pengikut anda dan membuat mereka tersenyum. Mereka akan mula memikirkan anda sebagai satu akaun yang hebat untuk diikuti dan akan bercakap mengenai anda dengan rakan-rakan mereka.

Tip pro: Sebelum membuat meme, tanya diri sendiri, “Adakaj audiens saya akan rasa ini kelakar?”. Juga pastikan ianya berkaitan dengan jenama anda. Jika audiens anda tidak merasakannya lawak atau tiada kaitan langsung dengan meme tersebut, ianya mungkin akan tidak akan berjaya.

10. Minta Pengikut Mengetag seorang Kawan

Satu cara yang pasti berjaya untuk meningkatkan penglibatan pengikut dalam media sosial ialah dengan meminta pengikut untuk mengetag seorang kawan. Meminta pengguna untuk mengetag kawan-kawan mereka di komen post anda atau peraduan anda akan mendedahkan jenama anda kepada orang ramai yang mungkin tidak pernah mendengar tentang anda sebelum ini atau mereka yang belum mengikuti anda di Instagram. Kawan-kawan yang ditag akan menerima pemberitahuan dan akan cenderung untuk klik dan melihat post anda. Jika post anda menarik perhatian mereka, anda akhirnya akan mendapat seorang pengikut baru!

Tip pro: Pastikan post anda bernilai untuk mengetag kawan. Pengikut anda akan lebih cenderung untuk mengetag kawan jika mereka fikir kandungan anda bernilai untuk dikongsi. Juga, anda tidak perlu menunggu untuk membuat peraduan untuk menggunakan kaedah ini. Anda boleh mencubanya pada post yang biasanya tidak mendapat banyak penglibatan.

11. Beri Respon kepada Pengikut Anda

Komunikasi, komunikasi, komunikasi. Seperti semua perhubungan, kunci utama mengekalkan pengikut setia kepada anda ialah komunikasi. Tiada siapa suka tidak dipedulikan, oleh itu ambil beberapa minit dari masa sehari anda untuk memberi respon kepada komen dan menggalakkan perbincangan lanjut. Anda akan dapati pemberi komen akan memberi penglibatan lebih dan  lebih lagi jika mereka rasa anda bukanlah seorang robot tetapi adalah seorang manusia yang memberi tindakbalas!

Tip pro: Guna nama mereka dalam balasan agar mereka rasakan perhubungan dengan anda.

12. Kongsi Jadual Perkembangan

Anda telah lakukan yang terbaik, meningkatkan jumlah pengikut atau posting harian untuk 1000 hari contohnya. Paparkan jadual perkembangan hasil kerja keras anda! Cipta satu keterujaan semasa mendekati pencapaian ini dengan membuat kira undur di dalam feed anda. Banggalah dengan pencapaian anda – menjadi pemalu dan bersederhana tidak akan menaikkan pengaruh, lihat sahaja kepada Donald Trump misalnya. Perkembangannya untuk menjadi President Amerika Syarikat adalah melalui sifat keyakinan sepenuh beliau pada diri sendiri dan tabiat suka mengumumkan pencapaian hebatnya. 

Jadi, kongsilah cerita anda, jadilah orang yang hebat dan yang penting sekali, berseronoklah melakukannya!

MUST READ

2020 Try and Review Awards - Members

Sertai Anugerah Try and Review 2020

  Tiba masa untuk menunjukkan sokongan kepada jenama yang anda sukai dan bantu mereka membawa pulang  satu Lencana Pemenang Anugerah Try and Review yang menjadi rebut...

MOST POPULAR

2019 T&R Awards Malaysia

The 2019 Top Brands You Need To Know in Malaysia

Introducing the winners from our very first annual "Try and Review Awards". These products are truly the popular choice of over 1.2M subscribers over the past 12 months. For each category ...

RECENT COMMENTS

TINGGALKAN PESAN

Please enter your comment!
Please enter your name here