HomeTry and Review Awards2019 Try and Review AwardsSennheiser PXC 550 Wireless: Set Fon Kepala Tersuai yang Mesti Dimiliki:

Sennheiser PXC 550 Wireless: Set Fon Kepala Tersuai yang Mesti Dimiliki:

A Review by TryandReview.com User Shareurviewz

Perjalanan yang selesa pada hakikatnya boleh dirancang. Anda boleh memilih penerbangan, barisan atau tempat duduk tetapi anda tidak boleh mengawal siapa bersama anda dalam perjalanan itu. Bayi yang menangis, dengkuran penumpang lain atau perbualan kuat adalah antara mimpi ngeri setiap pengembara. Dalam usaha menghadapi bunyi latar belakang yang bising ini, anda memakai fon telinga kecil yang disediakan untuk cuba tenang dan relaks dengan menonton filem tetapi ini masih tidak dapat menandingi bunyi bising penumpang lain. Pengalaman mengembara seorang diri sudah cukup tertekan buat anda, namun syukur kini terdapat PXC 550 Wireless dari Sennheiser yang menjadikan perjalanan lebih mudah. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana Sennheiser PXC 550 Wireless adalah teman perjalanan dan penyelesaian yang sempurna untuk mimpi ngeri pengembara.

Sennheiser telah merevolusikan industri audio melebihi 70 tahun dengan inovasi teknologi yang kemas dan rapi. PXC 550 Wireless adalah satu contoh klasik set fon kepala perjalanan berprestasi tinggi yang menghasilkan bunyi jelas dan berkualiti pada sebarang tahap bunyi secara konsisten. Ramai pengguna telah menikmati ciri-ciri pelbagai yang ditawarkan oleh PXC 550 Wireless dan salah seorang daripadanya adalah pemenang Anugerah Try and Review tahun lalu – Pengguna Shareurviewz

headphones

Pengguna Shareurviewz telah menjadi ahli TryandReview.com selama satu tahun. Dia adalah salah 1 daripada 20 pemenang yang dipilih dalam Anugerah Try and Review 2019, dihargai kerana tulisan teliti dan ulasan jujurnya mengenai semua barangan elektronik. Khususnya, dia amat meminati audio elektronik dan memberi ulasan kepada pelbagai set fon kepala malah dia juga mengulas mengenai sistem audio. Dia malah menulis secara terperinci mengenai aspek kualiti bunyi bagi membantu peminat audio lain membuat pembelian yang bijak. Berikut adalah ulasan jujur Pengguna Shareurviewz bagi membantu anda mendapatkan sepasang Set Fon Kepala PXC 550 Wireless juga.

1. Penyesuaian mudah dengan Aplikasi CapTune

PXC 550 Wireless menggunakan CapTune – aplikasi penalaan bunyi untuk sebarang telefon pintar yang membolehkan pengguna mencipta bunyi mereka sendiri dengan mudah. Anda boleh melaras bunyi dengan mudah menggunakan bar leretan atau gelombang sehingga anda mendapat bunyi yang sempurna. Untuk kemudahan anda, terdapat juga fungsi SoundCheck untuk menguji satu set tetapan pratentu penyama. Pengguna TryandReview.com Shareurviewz menyebut di dalam ulasannya, “Saya amat menyukai penyesuaian yang terdapat pada bunyi untuk menjadikannya seperti apa yang saya mahu”. Anda malah boleh membuat penyesuaian untuk profil bunyi yang berbeza agar anda dapat menyesuaikan profil dengan mood anda. Pengantaramuka aplikasi tersebut adalah anggun namun mesra pengguna, oleh itu anda dapat mengawasi pengalaman pendengaran anda.

2. Kawalan sentuhan sensitif yang mudah

PXC 550 Wireless mempunyai sistem kawalan panel sentuhan yang mudah terbina di dalam fon telinga. Ia memberi akses mudah untuk anda mengawalnya secara semulajadi agar anda boleh bergerak dengan selesa. Anda boleh bermain dengan tahap bunyi muzik malah melangkau satu lagu untuk menjawab panggilan telefon – semuanya dengan satu leretan cepat menggunakan jari. Pengguna TryandReview.com Shareurviewz amat menikmati ciri ini dan menyebut kawalan ini amat responsif sama seperti pad sentuhan pada sebuah computer riba.

3. Ciri-ciri Pintar

Dengan sejarah Sennheiser yang telah lama berkecimpung dalam kemajuan teknologi, tidak mengejutkan bahawa PXC 550 Wireless mempunyai beberapa ciri-ciri pintar. Pengguna TryandReview.com Shareurviewz khususnya menyukai ciri kawalan lipatan. Set kepala tersebut boleh mengesan niat anda untuk membukanya dan ia akan bersedia menghidupkan kuasa secara automatik kerana ia tahu anda ingin menggunakannya. Ia juga menghentikan muzik anda secara automatik semasa anda menanggalkan fon kepala dan mematikan tenaga ketika anda melipatnya. PXC 550 Wireless juga mempunyai penghad terbina untuk mengelak peningkatan tahap bunyi secara mengejut bagi melindungi telinga anda daripada terjejas.

4. Mudah Alih dan Selesa

Sennheiser PXC 550 Wireless bukan sahaja ringan (227g), tetapi juga selesa digunakan untuk satu tempoh berterusan menurut Pengguna TryandReview Shareurviewz. Selepas menggunakan set fon kepala tersebut selama 4 jam, dia mendapati tiada stres di kepala ataupun rahangnya. Dia memanggil PXC 550 Wireless sebagai “teman karib” dan memuji mengenai rekabentuknya yang ringan membuatkan anda lupa yang anda sedang memakainya. Sennheiser merekabentuk set fon kepala selepas mengujinya kepada beratus pasang telinga untuk memastikan kesesuaian yang terbaik bagi keselesaan yang maksima.

 

Ingin tahu bagaimana Pengguna Tryandreview.com Shareurviewz telah terpilih sebagai salah 1 daripada 20 pemenang pada Anugerah Try and Review tahun lalu? Ketahui lebih lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020 tahun ini di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Jangan bimbang, anda masih boleh menyertai untuk peluang memenangi satu tempat sebagai Penguji Produk setiap bulan bagi sepanjang tahun 2020! Sertai pertandingan ini sekarang, masih belum terlambat!

 

MUST READ

Ulasan Pengguna Shareurviewz

Saya telah menggunakannya untuk beberapa minggu sekarang dan rasa saya tidak dapat berpisah darinya! Saya sangat menyukainya. Pros: Rupa yang menarik Sangat ringan Tiada stres di kepala atau di rahang selepas 4 jam menggunakannya secara berterusan Kawalan panel sentuhan yang sangat baik, amat responsif, sama seperti pad sentuhan pada komputer riba Amat menyukai ciri di mana saya tidak perlu menghidupkan kuasanya… Ia akan hidup sendiri hanya dengan satu pusingan pada fon telinga Saya juga menyukai penyesuaian yang terdapat bagi menjadikan bunyi seperti apa yang saya mahu Cons Pertama kali saya mendengar ciptaan di luar kotak ini, saya amat terkejut kerana saya membayar terlalu mahal untuk ini? Ketika mendengarnya dengan tetapan lalai, bunyinya amat teruk. Fon telinganya yang rata berbunyi seperti tiada tetapan. Namun aplikasi tersebut menyelamatkannya kerana saya mempelajari menggunakannya dan mengubah bunyi untuk menjadikannya sempurna untuk saya. Saya mengambil masa 2 hari untuk mempelajari dan melaras semuanya untuk menepati citarasa saya dan ianya agak mengambil masa untuk saya. Selepas 2 hari….Saya memahaminya! Ia kini menjadi teman karib dan saya tidak merasa seperti memakainya. Saya boleh katakan ia mungkin tidak sempurna untuk peminat audio tetapi apabila saya membandingkannya dengan Bose QC 35, yang pernah saya dengar di bilik pameran Bose, ianya bukan untuk saya… Saya dapati bunyi Bose bosan dan tidak berkualiti, tidak bertenaga. Ini kedengaran jelas dan berkualiti pada saya. Sudah tentu ianya pilihan masing-masing, sudah tentu Bose juga agak baik tetapi saya rasa mungkin telinga saya lebih suka yang lain. Saya juga berfikir tentang Sony tetapi setelah membaca beberapa ulasan mengenainya yang mengatakan ianya cepat rosak dan saya bimbang untuk membelinya kerana harga yang mahal tetapi tidak tahan lama.Oleh itu saya membeli ini dan menyukainya.

REVIEW OVERVIEW

Kualiti Bunyi
Kebolehgunaan
Ciri-ciri
Harga
<strong>Ulasan Pengguna Shareurviewz</strong><br><br> Saya telah menggunakannya untuk beberapa minggu sekarang dan rasa saya tidak dapat berpisah darinya! Saya sangat menyukainya. Pros: Rupa yang menarik Sangat ringan Tiada stres di kepala atau di rahang selepas 4 jam menggunakannya secara berterusan Kawalan panel sentuhan yang sangat baik, amat responsif, sama seperti pad sentuhan pada komputer riba Amat menyukai ciri di mana saya tidak perlu menghidupkan kuasanya… Ia akan hidup sendiri hanya dengan satu pusingan pada fon telinga Saya juga menyukai penyesuaian yang terdapat bagi menjadikan bunyi seperti apa yang saya mahu Cons Pertama kali saya mendengar ciptaan di luar kotak ini, saya amat terkejut kerana saya membayar terlalu mahal untuk ini? Ketika mendengarnya dengan tetapan lalai, bunyinya amat teruk. Fon telinganya yang rata berbunyi seperti tiada tetapan. Namun aplikasi tersebut menyelamatkannya kerana saya mempelajari menggunakannya dan mengubah bunyi untuk menjadikannya sempurna untuk saya. Saya mengambil masa 2 hari untuk mempelajari dan melaras semuanya untuk menepati citarasa saya dan ianya agak mengambil masa untuk saya. Selepas 2 hari….Saya memahaminya! Ia kini menjadi teman karib dan saya tidak merasa seperti memakainya. Saya boleh katakan ia mungkin tidak sempurna untuk peminat audio tetapi apabila saya membandingkannya dengan Bose QC 35, yang pernah saya dengar di bilik pameran Bose, ianya bukan untuk saya… Saya dapati bunyi Bose bosan dan tidak berkualiti, tidak bertenaga. Ini kedengaran jelas dan berkualiti pada saya. Sudah tentu ianya pilihan masing-masing, sudah tentu Bose juga agak baik tetapi saya rasa mungkin telinga saya lebih suka yang lain. Saya juga berfikir tentang Sony tetapi setelah membaca beberapa ulasan mengenainya yang mengatakan ianya cepat rosak dan saya bimbang untuk membelinya kerana harga yang mahal tetapi tidak tahan lama.Oleh itu saya membeli ini dan menyukainya. Sennheiser PXC 550 Wireless: Set Fon Kepala Tersuai yang Mesti Dimiliki: