HomeTry and Review AwardsApakah itu Deodoran Serum dan Haruskah Anda Mencubanya?

Apakah itu Deodoran Serum dan Haruskah Anda Mencubanya?

Pemenang Anugerah Try and Review Tzy97 berkongsi pandangannya tentang Nivea Extra White Serum Deodorant

Seperti nama yang tertera, ianya ialah deodoran dan serum dalam satu produk. Serum telah dikenali kerana memberi bahan aktif superior dan amat pekat yang boleh meresap masuk jauh ke dalam kulit, yang membantu mencari punca banyak masalah kulit yang khusus, samada kekeringan, anti-penuaan, pori, etc. Anda mungkin telah menggunakan serum untuk muka dan mata anda tetapi kulit lembut di bawah lengan anda juga berhak mendapat kemanjaan rutin kecantikan. Ianya adalah kerana kulit di bawah lengan ini secara semulajadinya adalah lebih nipis daripada bahagian tubuh kita yang lain dan ianya sering terdedah kepada bahaya yang tidak disengajakan seperti peluh yang berkumpul di pori di bawah lengan dan cukuran atau waxing yang mengering atau menggelapkan kulit.

Pada asasnya, deodoran serum memberi kombinasi manfaat penjagaan kulit superior dari serum dan manfaat menyegarkan dari deodoran. Dengan deodoran serum menjadi trend hangat dan membawa penjagaan kulit bawah lengan ke satu aras baru, kami mendengar pandangan Pengguna Tzy97 tentang pengalamannya dengan Nivea Extra White Serum Deodorant. Dia adalah salah 1 daripada 20 pemenang Anugerah Try and Review 2019 yang diiktiraf kerana menulis lebih daripada 60 ulasan teliti, berkualiti dan jujur mengenai kecantikan dan gaya hidup.

Nivea Extra White Serum Deo

  1. “Penyerapan Pantas”

    Sebelum mencuba Nivea Extra White Serum Deodorant, Pengguna Tzy97 tidak pernah menggunakan deodoran berbuli kerana dia “takut ianya tidak kering dengan segera dan akan meninggalkan kesan pada pakaian.” Disebalik kepercayaannya, Nivea Extra White Serum Deodorant tidak memberinya masalah ini. Deodoran serum ini datang dalam mikro-emulsi yang jernih dengan molekul kecil yang menyerap pantas dan menyuburkan kulit di lapisan dalam. Ini membolehkan penyerapan pantas tanpa meninggalkan rasa melekit selepas menggunakannya! Boleh dikatakan langsung tidak mengganggu.

  2. “Kulit Lebih Cerah”

    Anda boleh ucapkan selamat tinggal pada bawah lengan yang gelap apabila produk anda diformulasikan dengan 10x lebih Vitamin C untuk memberi anda kulit yang lebih cerah dengan tona sekata. Produk ini menghasilkan kesan pemutihan seawal 7 hari! “Tambahan lagi, saya dapati kulit menjadi lebih cerah selepas menggunakan sampel, disebabkan itu, kini saya membeli saiz sebenar” apa yang dikatakan oleh penyokong sebenar, Pengguna Tzy97!

  3. “Bau yang sangat hebat”

    Tidak lengkap sesuatu deodoran tanpa bau wangian yang tahan lebih lama. Pengguna Tzy97 berkongsi dengan mengatakan “baunya sangat hebat”. Dengan perlindungan anti-peluh selama 48 jam, serum dalam deodoran ini dikatakan memberi bau yang segar dengan wangian flora.

    Jadi, kini anda telah pelajari bagaimana anda boleh mengekalkan bawah lengan anda segar sepanjang hari, pelajari juga bagaimana anda boleh mengekalkan profail instagram anda segar sentiasa!

Ingin tahu bagaimana Pengguna Tryandreview.com Tzy97 telah dipilih sebagai 1 daripada 20 pemenang dalam Anugerah Try and Review tahun lalu? Dapatkan maklumat lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020 tahun ini di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Sertai pertandingan ini sekarang, masih belum terlambat!

MUST READ