HomeTry and Review Awards2019 Try and Review AwardsMengapa Memilih Produk yang Tepat untuk Bayi Saya yang Mempunyai Ekzema Sangat...

Mengapa Memilih Produk yang Tepat untuk Bayi Saya yang Mempunyai Ekzema Sangat Penting oleh Pengguna Nerahs

Sebagai ibubapa, kita akan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita – makanan terbaik, pendidikan terbaik dan kehidupan terbaik. Lebih lagi, kita akan lakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi comel kita. Jari-jari yang dempak, mata yang bulat dan lembut dalam banyak cara, bayi kita sangat terdedah kepada banyak unsur luaran yang boleh mengakibatkan masalah kulit yang biasa seperti kulit kering, ekzema dan dermatitis. Untunglah Pengguna Nerahs, pemenang Anugerah Try and Review tahun lalu, ada penyelesaian yang sempurna untuk masalah ekzema bayinya. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana Krim Pelembap QV Baby telah melegakan kulit bayinya.

QV Skincare adalah pembawa perubahan terkemuka dalam bidang penjagaan kulit di seluruh dunia sejak melebihi 55 tahun dahulu. Jenama ikon dari Australia ini diiktiraf untuk produknya yang merawat dan mencegah masalah kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. Bebas daripada warna, wangian dan bahan iritasi biasa yang lain, semua produk bayi QV adalah selamat untuk kulit bayi anda yang lembut. Daripada semua ibu-ibu di TryandReview.com yang ghairah tentang Krim Pelembap QV Baby dan kuasa penyembuhannya untuk ekzema, Pemenang Anugerah Try and Review Pengguna Nerahs secara kebetulan adalah salah seorang daripadanya!

Pengguna Nerahs telah menjadi ahli TryandReview.com sejak hampir 2 tahun lalu. Dia adalah 1 daripada 20 pemenang terpilih dalam Anugerah Try and Review 2019 diiktiraf untuk penulisan teliti dan ulasan jujur mengenai pelbagai produk seperti produk makanan, alat solek dan gaya hidup. Dia telah menulis lebih 30 ulasan hebat semasa menjadi ahli TryandReview.com untuk membantu mereka yang lain membuat pilihan yang lebih baik semasa pembelian sebarang produk. Berikut adalah sebab-sebab jujurnya untuk mendapatkan Krim Pelembap QV Baby untuk bayi anda.

1. “Selamat untuk bayi lelaki saya”

Kulit seorang bayi sangat lembut, malah lebih lagi untuk bayi yang menghadapi ekzema. Ini adalah kenyataan yang dipersetujui oleh Pengguna Nerahs, sebab itulah dia menyebut “memilih produk yang tepat untuk bayi dengan ekzema adalah sangat penting”. Mujurlah, produk QV Baby bebas daripada bahan iritasi yang biasa dijumpai dalam produk generik yang lain menjadikannya selamat untuk bayi dan saranan biasa oleh pakar pediatrik. Selepas menggunakan Krim Pelembap QV Baby beberapa lama, Pengguna Nerahs mengakui bahawa “QV sememangnya selamat untuk bayi lelaki saya”.

2. “Mengembalikan kulit dan membantu melegakan kulit kering”

Rahsia kulit bayi yang lembut adalah pada Squalene – satu bahan utama dalam Krim Pelembap QV Baby. Squalene adalah komponen yang didapati secara semulajadi dalam minyak kulit yang membantu melindungi kelembapan semulajadi kulit. Pengguna Nerahs sangat menyukai kesan Krim Pelembap QV Baby sehingga dia mengatakan “Saya menggunakan Krim Pelembap QV Baby setiap hari untuk bayi saya.”

3. “Tiada lagi kulit kemerahan sekarang”

Bukan sahaja krim ini melegakan kulit kering, ia juga mengurangkan kemerahan! Pengguna Nerahs berkongsi lagi “ Ada tompokan merah di muka anak saya, selepas menggunakan krim QV selama 2 hari, semuanya hilang sekarang.” Gembira, kulit yang sihat membuat bayi gembira.

Terokai perbezaan QV dengan pelbagai produk Penjagaan Kulit QV. Adakah anda seorang pengguna yang penyokong QV? Layari produk-produk kami di sini untuk meninggalkan ulasan.

Ingin tahu bagaimana Pengguna Tryandreview.com Nerahs telah dipilih sebagai 1 daripada 20 pemenang dalam Anugerah Try and Review tahun lalu? Dapatkan maklumat lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020 tahun ini di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Jangan bimbang, anda masih boleh menyertai untuk peluang memenangi satu tempat sebagai Penguji Produk bagi setiap bulan untuk sepanjang tahun 2020! Sertai pertandingan ini sekarang, masih belum terlambat!

MUST READ

User Nerahs's Review

Choosing the correct product for an eczema baby is so important. ⁣
⁣QV is definitely safe for my boy. My boy had red spots on his face, after applying QV cream for 2 days, they are all gone now. ⁣
⁣I am using QV baby moisturising Cream everyday for this boy.
It replenishes the skin and helps relieve dry area. No more red skin now

REVIEW OVERVIEW

Effectiveness
Fragrance
Packaging
Price
Texture
User Nerahs's Review

Choosing the correct product for an eczema baby is so important. ⁣
⁣QV is definitely safe for my boy. My boy had red spots on his face, after applying QV cream for 2 days, they are all gone now. ⁣
⁣I am using QV baby moisturising Cream everyday for this boy.
It replenishes the skin and helps relieve dry area. No more red skin nowMengapa Memilih Produk yang Tepat untuk Bayi Saya yang Mempunyai Ekzema Sangat Penting oleh Pengguna Nerahs