HomeTry and Review AwardsUcapkan Helo kepada Senyuman Indah: Berikut 3 Tip daripada Ulasan Pengguna

Ucapkan Helo kepada Senyuman Indah: Berikut 3 Tip daripada Ulasan Pengguna

Dengarlah daripada 3 orang pemenang Anugerah Try and Review 2019 kami mengenai apa yang mereka fikir tentang mengekalkan senyuman indah!

Tidak diragui, senyuman yang sihat dan indah sentiasa menampakkan anda bergaya. Kadang kala kehidupan dan tanggungjawab menyebabkan kita tidak mengendah atau memikirkan tentang kesihatan. Bagi kesihatan mulut, berikut adalah tiga tip asas dan penting yang boleh anda ikuti dengan mudah untuk mendapat senyuman menawan!

Tip ini dikongsi oleh 3 daripada pemenang Anugerah Try and Review 2019 yang telah menjadi ahli Try and Review selama beberapa tahun. Mereka dipilih kerana menulis ulasan yang teliti dan jujur mengenai perkara yang mereka suka untuk dikongsi!

  1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari

    Senyuman berseri bermula dari gigi yang sihat! Memberus dengan ubat gigi berflourida dua kali sehari boleh memberi anda senyuman indah yang anda ingini. Flourida di dalam ubat gigi menguatkan gigi dan akar yang lemah dan membantu melindungi enamel daripada pembentukan plak.

    Pelajarilah daripada Pengguna TryandReview.com Krissname yang menggunakan ubat gigi berflourida setiap hari untuk penjagaan mulutnya. Memberi nilai 5 daripada 5 kepada ubat gigi Colgate Charcoal Deep Clean, dia berkongsi bahawa jenama ubat gigi ini “berupaya memutihkan gigi lebih daripada jenama lain dan melindungi gigi dari kekotoran”, dan dia suka dengan rasanya yang sederhana dan tidak terlalu kuat. Dia juga bersetuju bagaimana “pembungkusannya dengan sempurna berlainan daripada variasi arang jenama lain”.

    Ujilah jenama ubat gigi anda dan cari satu yang memuaskan keperluan memberus gigi anda seharian!

    Colgate Charcoal Deep Clean

  2. Guna ubat cuci mulut dengan kerap

    Gigi hanyalah 25% daripada bahagian mulut kita, terdapat juga lidah, lelangit dan gusi yang mana sering diabaikan ketika kita memberus gigi. Untuk melindungi senyuman anda, kekalkan mulut anda bebas daripada bakteria dan bunuh kuman yang menjadi punca plak, gingivitis dan nafas berbau, anda boleh memilih untuk menggunakan ubat cuci mulut dengan kerap.

    Pengguna TryandReview.com Runway11 lebih gemar menggunakan Listerine Cool Mint Antiseptic Mouthwash pada waktu pagi untuk menangani bau nafas selepas bangun tidur. Menilai jenama ini dengan 5 bintang, dia berkata bahawa “ianya menyegar dan menyejukkan dengan perasa pudina” dan berkongsi lagi “kadang-kadang, saya juga menggunakannya pada waktu malam untuk menghapuskan bakteria.”

    Untuk memilih ubat cuci mulut untuk diri anda sendiri, sentiasalah membaca label, semak ulasan dan pastikan anda bertanyalah kepada doktor gigi anda sekiranya anda mempunyai sebarang soalan!

    Listerine Cool Mint Mouthwash

  3. Kekalkan bibir anda terhidrat

    Bukanlah rahsia bahawa bibir yang sihat dan terhidrat boleh segera menambah seri pada senyuman anda. Tidak seorang pun mahu senyuman mereka dirosakkan dengan bibir yang kering dan merekah (ouch!). Tambahan lagi, kulit pada bibir kita adalah bahagian tubuh yang paling lembut dan sebab itulah ianya penting untuk mengembalikan kelembapan dan melindungi bibir anda.

    Berikut adalah petua daripada Pengguna TryandReview.com Itsmejoannas mengenai- Vaseline Pure Petroleum Jelly. Dia menilai salap bibir ini 5 daripada 5 dan berkata bahawa ianya “sangat melembapkan dan ia mengekalkan kelembapan bibir saya terutamanya ketika saya berapa di dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari.”

    Bonus daripada ini? Satu bibir yang cantik untuk dikucup!

    Vaseline Pure Petroleum Jelly

Ingin tahu bagaimana Pengguna Tryandreview.com Krissnam, Runway11 dan Itsmejoannas telah dipilih sebagai 3 daripada 20 pemenang dalam Anugerah Try and Review tahun lalu? Dapatkan maklumat lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020 tahun ini di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Sertai pertandingan ini sekarang, masih belum terlambat!

MUST READ