Masih ingat pada masa dahulu bila masa kita hanya ada beberapa produk untuk bibir? Yang paling kita kenal adalah gincu bibir, pengilat bibir dan balsam bibir. Melangkah maju ke hari ini, terdapat begitu banyak produk bibir yang berbeza jenis yang mungkin boleh anda senaraikan – krim bibir, pewarna bibir, penebal bibir dan senarainya tidak berhenti di sini! Anda mungkin pernah merasa keliru dengan pilihan yang ada dan tidak lagi pasti dengan apa yang anda mahu (jangan bimbang, kita semua terperangkap dalam kerumitan pilihan yang pelbagai). Mengapa tidak menggabungkan apa yang terbaik untuk semuanya dengan Revlon Matte Balm? Dengan produk ini, anda boleh kembali kepada asas kerana ia pada asasnya ialah balsam bibir dengan fungsi tambahan gincu bibir matte.
Tidak begitu meyakinkan? Terimalah daripada salah satu pemenang Anugerah Try and Review 2019 – Pengguna Slaydyjean! Dia telah menjadi ahli di Tryandreview.com selama hampir 2 tahun dan adalah salah 1 daripada 20 orang pemenang yang diiktiraf kerana menulis ulasan yang teliti dan jujur mengenai pelbagai produk seperti produk alat solek dan gaya hidup. Ini adalah apa yang telah diperkata olehnya mengenai Revlon Matte Balm.
-
“Sempurna untuk mereka yang mahu menyihatkan bibir mereka”
Masalah biasa dengan gincu bibir matte ialah seringkali ianya mengeringkan bibir anda untuk menghasilkan kesan matte (yang mana tidak tahan lama). Penggunaan kerap bermakna ianya akan berakhir dengan bibir yang kering dan merekah. Tetapi mengikut kepada Pengguna TryandReview.com Slaydyjean, masalah ini tidak timbul dengan Revlon Matte Balm! Katanya “Ianya sempurna untuk mereka yang mahu menyihatkan bibir tetapi tidak suka rasa melekit balsam bibir! […] Saya memakainya ketika saya tidak rasa ingin memakai pewarna bibir/ gincu bibir.”
-
“Saya sangat suka kemasannya.”
Sementara pandangan pertama pada kemasan adalah nampak tidak penting, tujuannya adalah untuk memberi manfaat kepada proses penggunaan. Revlon Matte Balm dibentuk seperti satu krayon yang mana menjadikan pemakaiannya sangat mudah dan selesa. Pengguna TryandReview.com Slaydyjean bersetuju, katanya “Saya sukakan kemasannya. Ianya seperti krayon dan anda tidak perlu menajamkan balsam tersebut.”
-
“Ianya tidak begitu tahan lama […], tetapi saya tidak kisah.”
Pengguna TryandReview.com Slaydyjean berkongsi pendapat jujur bahawa “untuk sifat tahan kekalnya, ianya tidaklah begitu tahan lama, jadi anda perlu memakainya semula, tetapi saya tidak kisah.” Ia adalah sifat semulajadi produk bibir yang hilang selepas beberapa jam memakainya – khususnya selepas makan. Kami melihat pada ulasan lain yang diberikan oleh penguji dan sesetengah bersetuju bahawa produk ini tidak tahan lama sementara yang lain tidak bersetuju dengan sentimen ini. Pengguna Revlon Matte Balm juga menyebut pemakaiaan semula apabila diperlukan adalah mudah dan tidak nampak melampau.
Bersedia untuk mencuba Revlon Matte Balm? Cubalah sendiri Revlon Matte Balm dan kongsi ulasan anda dengan mereka yang lain di dalam komuniti sekarang!
Ingin tahu bagaimana Pengguna Tryandreview.com Slaydyjean telah dipilih sebagai 1 daripada 20 pemenang dalam Anugerah Try and Review tahun lalu? Dapatkan maklumat lanjut mengenai Anugerah Try and Review 2020 tahun ini di Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Jangan bimbang, anda masih boleh menyertai untuk peluang memenangi satu tempat sebagai Penguji Produk bagi setiap bulan untuk sepanjang tahun 2020! Sertai pertandingan ini sekarang, masih belum terlambat!